COVID-19: 8 Kematian Baharu Direkod

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 8 kematian baharu direkod akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Angka korban terbaharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 35,499 orang, daripada 4.39 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiada kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat 74,752 kes aktif COVID-19 di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 72,906 individu atau 97.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 121 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). Sebanyak 1,627 kes dirawat di hospital dan 98 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). Kes ICU membabitkan 37 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 61 lagi memerlukan mesin ventilator.

Sumber: AWANI