Lebih 760,000 Kanak-Kanak di Malaysia Lengkap Vaksinasi COVID-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 761,309 atau 21.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, seramai 1,504,066 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 42.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,889,620 individu telah lengkap vaksinasi manakala 2,988,492 sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,020,386 individu dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,965,472 sudah melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,030 menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 34,376 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 6,906 dos pertama, 22,782 dos kedua dan 4,688 dos penggalak yang menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,158,087.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, terdapat 13 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan angka tertinggi iaitu tiga kes. Kedah dan Perak pula masing-masing dengan dua kes manakala satu kes di Melaka, Pahang dan Pulau Pinang.

Sumber: BERNAMA