Hampir 800,000 Kanak-Kanak Malaysia Lengkap Vaksinasi COVID-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 785,432 atau 22.1 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, seramai 1,511,679 kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,024,957 individu dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,965,989 sudah melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,458 menerima satu dos vaksin.

Sebanyak 34,833 dos vaksin COVID-19 harian telah diberikan semalam melibatkan 7,805 dos pertama, 22,822 dos kedua dan 4,206 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaa (PICK) sebanyak 70,197,502.

Sementera itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan hanya enam kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu tiga kes, manakala satu kes di Johor, Melaka dan Pulau Pinang.

Sumber: BERNAMA