Hanya 4 Minit penggambaran, Ryan Reynolds Terkejut Dengan Hasil Kerja Gempak Sofyank

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Mohamad Sofian Abdullah atau lebih popular dengan gelarannya Sofyank merupakan seorang pereka kandungan digital terkenal Malaysia. Setiap video yang dihasilkannya sering menjadi tular di kalangan wargamaya kerana suntingan videonya yang menarik dan kreatif. Anak kelapan dari sebelas orang adik-beradik ini mula menempa populariti di media sosial apabila video manipulasi suntingannya menjadi tular di kalangan wargamaya dan hasil kolaborasinya dengan personaliti youtube terkenal, Zach King dan artis Hollywood, Will Smith.

Melalui video di sebalik tabir dan video promosi filem Netflix yang telah dikongsi oleh Sofyank di laman twitternya baru-baru ini, peminat sekali lagi dikejutkan dengan kolaborasi sofyank bersama pelakon Hollywood terkenal, Ryan Reynolds. Video yang dikongsi ini telah mendapat 1.5 juta tontonan di twitter, 14.1 ribu perkongsian dan 33 ribu tanda suka. Para peminat rata-ratanya memuji bahawa video ini sudah menghampiri taraf antarabangsa.

Apa yang menarik perhatian, Ryan Reynolds sendiri bertindak berkongsi semula ciapan video yang dikongsikan oleh Sofyank. Menurut Ryan Reynolds, video yang telah dihasilkan sofyank sangat luar biasa kerana hanya direalisasikan melalui aplikasi Zoom yang berdurasi empat minit sahaja.

Ciapan yang dikongsi Ryan itu mendapat sambutan yang hangat daripada peminat iaitu sebanyak 55.6 ribu tanda suka. Sehubungan itu, ramai telah ‘meminta’ Ryan Reynolds untuk membawa Sofyank ke dalam industri Hollywood kerana lebih banyak peluang yang boleh diperolehi berbanding di Malaysia. Bahkan, tidak sedikit juga kata-kata positif dan semangat dari seluruh rakyat Malaysia kepada Sofyank, anak muda yang berbakat ini!

“Bring him in to the Hollywood industry speacializing in VFX”.

“Power betul anak jati Kelantan ini”.

Kebolehan penyuntingan video yang berimpak tinggi oleh Sofyank ini, sememangnya sangat hebat bahkan ia setanding dengan usahanya. Memang bukan biasa-biasa hasil Sofyank yang merupakan anak jati Kelantan ini. Semoga Sofyank terus cemerlang dan terus menghasilkan video berkualiti tinggi.