JPJ Keluar 16,377 Saman Dalam Op Hari Raya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

TUMPAT – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 16,377 saman kesalahan jalan raya di seluruh negara sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri 2022 yang berakhir malam tadi.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berkata saman dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 89,490 kenderaan yang bermula 29 April lalu.

Daripada jumlah saman berkenaan, 776 membabitkan lima kesalahan utama iaitu gagal mematuhi lampu isyarat (272) diikuti memotong barisan (206).

“Selain itu, hingga semalam sebanyak 58,182 saman dikeluarkan melalui sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS),” katanya selepas memantau pelaksanaan Op HRA 2022 di Jalan Kota Bharu-Pasir Pekan, di sini.”

Zailani berkata, kesalahan dikesan menerusi 45 kamera AWAS membabitkan 29 kamera bagi tujuan memantau kesalahan melebihi had laju dan 16 kamera bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat.

JPJ melakukan penguatkuasaan dan advokasi secara berstrategik dengan rondaan serta pemeriksaan rawak di jalan utama dan lebuh raya persekutuan, selain melakukan penyamaran sebagai penumpang bas untuk mengesan pemandu yang melakukan kesalahan.

Namun, operasi malam tadi memberi fokus kepada penunggang motosikal yang menjadi penyumbang tertinggi kepada kemalangan maut.

Sumber: BERITA HARIAN