‘Semua Orang Mahu Liverpool Menang Liga’

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

MANCHESTER – Pengendali Man­chester City, Pep Guardiola mendakwa seluruh negara mahu Liverpool merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas pasukannya mengukuhkan kedudukan pendahulu liga semalam.

Kejayaan membelasah Newcastle 5-0 di Etihad membolehkan skuad The Citizens mening­galkan Reds dengan tiga mata ketiga liga berbaki tiga perlawanan.

City akan menjulang kejua­raan keempat dalam tempoh lima tahun jika memenangi semua perlawanan terakhir, bermula dengan menentang Wolverhampton, Khamis ini.

“Semua orang di negara ini menyokong Liverpool, media…Semua.

“Kerana Liverpool mempu­nyai sejarah luar biasa dalam pertandingan Eropah, bukan dalam Liga Perdana, kerana mereka telah memenangi satu (trofi) dalam tempoh 30 tahun.

“Mereka mempunyai lebih ramai penyokong di seluruh dunia dan di England berbanding kami tetapi saya tidak kisah,” kata Guardiola

Sumber: UTUSAN ONLINE