KUALA LUMPUR – Sebanyak 976,336 atau 27.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini sudah lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,580,723 kanak-kanak atau 44.5 peratus daripada kumpulan itu telah menerima satu dos vaksin.
Bagi remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,900,460 sudah lengkap vaksinasi manakala 2,998,074 sudah pun menerima satu dos vaksin COVID-19.
Pada masa yang sama, sejumlah 16,053,311 golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala sebanyak 22,969,986 sudah melengkapkan dua dos dan seramai 23,245,293 telah mendapatkan satu dos vaksin.
Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 29,791 dos vaksin telah diberikan yang melibatkan seramai 12,393 dos pertama, bagi dos kedua pula adalah 14,168 dan sebanyak 3,230 adalah dos penggalak yang menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin yang kini mencecah sebanyak 70,510,766.
Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak lapan kes kematian akibat wabak COVID-19 direkodkan semalam dengan masing-masing dua kes dilaporkan di Johor, Kedah dan Pahanh serta masing-masing mencatat satu kes di Negeri Sembilan dan Perak.
Sumber: BERNAMA