Ten Hag Mahu Ronaldo Kekal di United

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

London – Erik ten Hag menyifatkan Cristiano Ronaldo sebagai pemain ‘gergasi’ dan berkata beliau menanti peluang untuk bekerjasama dengan bintang Manchester United itu.

Ten Hag yang sudahpun memulakan tugasnya di United menggariskan visinya untuk membawa gergasi itu kembali ke puncak termasuk peranan penting untuk Ronaldo.

United gagal ke Liga Juara-Juara dan menimbulkan timbul spekulasi bahawa Ronaldo bersedia meninggalkan kelab itu musim panas ini, setahun selepas kepulangannya ke Old Trafford.

Namun Ten Hag memaklumkan kepada pemain berusia 37 tahun itu bahawa beliau tidak sabar untuk bekerjasama dengannya dan menggunakan pengalamannya serta pengaruh yang ada untuk merancang laluan United kembali ke puncak.

“Saya tidak sabar untuk berkerja dengannya.

“Ronaldo adalah gergasi kerana apa yang dia sudah tunjukkan dan saya rasa dia mempunyai cita-cita yang sangat tinggi.

“Sudah tentu saya mahu mengekalkannya. Dia sangat penting untuk Manchester United tahun ini dan menunjukkan statistik yang hebat.”

Ten Hag bersetuju untuk memulakan kerja di United lebih awal daripada jangkaan dengan kebenaran bekas kelabnya Ajax kerana skala tugas berat yang menantinya di Old Trafford.

“Kami sudah bersetuju dan saya akan mula bekerja di Manchester United bermula 16 Mei,” kata Ten Hag.

“Dalam persiapan untuk musim ini masih terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan.

“Antara lain yang perlu dilakukan adalah mengenai pengisian kakitangan dan komposisi pemilihan. Saya akan membuat penilaian dan itu mesti dilakukan dengan berhati-hati,” katanya.

Sumber: HARIAN METRO