Aafiyah Kuat Menyusu, Datuk Siti Nurhaliza Susut 14kg Selepas 17 Hari Bersalin!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Gara-gara Aafiyah kuat menyusu dan kerap berjaga malam, berat badan Datuk Siti Nurhaliza susut 14kg selepas 17 hari bersalin.

Tempoh hari, penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza berkongsi kegembiraan tersebut di laman instagram peribadinya ketika melakukan pemeriksaan ibu dan anak di hospital.

Menyusukan Bayi Cara Terbaik Ibu Cepat Kurus!

Ternyata berita gembira tersebut turut diraikan oleh pengikut Siti yang rata-rata bersetuju memberi bayi susu ibu adalah cara terbaik untuk cepat menurunkan berat badan.

Selain itu netizen turut menyatakan rasa kagum dan memberikan sokongan untuk penyanyi kegemaran mereka ini terus menurunkan berat badan hingga mencapai berat ideal kembali.

Sumber: Pa & Ma