Akikah merupakan salah satu hadiah terbesar daripada orang tua kepada anaknya dengan menyembelih haiwan ternakan tertentu. Ia adalah sebagai salah satu tanda syukur kita di atas kelahiran anak.
Hukumnya adalah sunat dan ia merupakan perbuatan Baginda SAW yang dituntut ke atas seseorang yang telah menerima kelahiran cahaya mata dan tarikh yang terbaik adalah pada hari ketujuh kelahiran.
Bagaimanapun, adakah hukum sunat tersebut masih sama dengan bayi yang telah meninggal dunia?
Dalam hal ini, mengikut penerangan daripada Mufti Wilayah iaitu:
1. Bayi yang meninggal sebelum hari ketujuh kelahiran – Mazhab Syafi’e menyebut bahawa sunat akikah ke atas bayi tersebut.
Namun, menurut Imam Hasan Al-Basri dan Imam Malik, hukum sunat telah gugur dan tidak perlu diakikahkan.
Tetapi, pendapat terkuat menyebut (rajih) adalah sunat juga untuk melakukan akikah ke atasnya.
2. Bayi yang meninggal selepas hari ke-7 kelahirannya – Sunat diakikahkan ke atasnya setelah dia (ibu bapa) berkemampuan ke atasnya (melaksanakan akikah).
Justeru, menurut penjelasan yang diberikan, hukum akikah bayi yang telah meninggal dunia adalah sunat sama ada meninggal sebelum atau selepas 7 hari kelahiran. Adapun, waktu akikahnya adalah tidak terhad. Boleh sahaja dilakukan pada bila-bila masa.
Namun, jika ibu bapa tidak ingin melakukan akikahnya, itu juga adalah tidak mengapa kerana hukumnya adalah sunat.
Sumber: TZKRH.COM