Program Laluan Emas Mat Kilau Tahun 2022 Tarik Lebih 60 Peserta

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

DUNGUN – Seramai lebih 60 perserta daripada lapan buah negeri menyertai Program Laluan Emas Mat Kilau 2022 anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang bermula hari ini.

Pengurus Pelancongan KETENGAH, Che Zamri Che Lah, berkata, program bertujuan bagi memperkenalkan salah satu produk pelancongan berasaskan sejarah di negeri Terengganu.

Katanya, “Ini sejajar dengan hasrat KETENGAH untuk memperkasa sektor pelancongan Wilayah KETENGAH terutama memberi penekanan kepada pembangunan komuniti dalam penjanaan pendapatan dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda dalam kawasan Wilayah KETENGAH.”

“Saya yakin dan percaya bahawa tuan–puan akan menjadi duta kecil dalam mempromosikan program ini kepada orang ramai di luar sana yang masih belum mengetahui akan keunikkan flora dan fauna yang terdapat di kawasan pelancongan Wilayah KETENGAH,” tambahnya lagi.

“Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mempromosikan beberapa tempat tarikan pelancongan dalam Wilayah KETENGAH seperti Tasik Kenyir, Bukit Besi, Tasik Puteri, Lubuk Kain, Sungai Kelemin dan lain–lain.”

“Dengan wujudnya kepelbagaian aktiviti di kawasan sekitar, maka pakej pelancongan yang komprehensif dapat dibentuk bagi memenuhi keperluan pelancong,” beliau berucap demikian ketika merasmikan Program Laluan Emas Mat Kilau 2022 di Dataran Kejat, Kampung Pasir raja, Dungun.

Program yang belangsung lima hari iaitu bermula 3 Jun dan berakhir 7 Jun 2022 mengandungi pelbagai aktiviti menarik antaranya pemanduan kenderaan pacuan 4 roda ke Lubuk Kundang dan Kuala Tahan serta pendakian ke Sungai Kemala.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM