Semalam telah berlangsungnya sebuah majlis gilang-gemilang Anugerah MeleTop Era 2018 (AME 2018) untuk menghargai jasa dan bakat para artis tempatan setelah penat lelah mereka dalam industri hiburan. Anugerah yang diadakan di Dewan Axiata Bukit Jalil itu telah menyatukan para artis untuk bersatu di bawah satu bumbung bagi menyaksikan anugerah yang diungguli dan persembahan hebat dari barisan artis.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah persembahan dari kumpulan Ruffedge selepas 10 tahun menyepi dan mereka kini kembali bersatu sekali gus menghangatkan lagi suasana AME 2018.
Ruffedge yang terdiri dari lima orang anggota iaitu Cat, Zain, Azan, Sein dan Mode masing-masing telah ‘menghidupkan’ suasana majlis tersebut. Berikut adalah persembahan mereka yang lit dan awesome.
Dek kerana persembahan mereka yang gamat dan memukau itu, rata-rata netizen telah memberikan komen yang positif.
Sumber: Oh Media