COVID-19: 1,128 Kes Baharu, 9 Kematian Direkod

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Sembilan kematian baharu direkod akibat pandemik COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,699 daripada 4.5 juta kes positif COVID-19 yang dikesan.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat daripada kes kematian berlaku di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, terdapat pertambahan 1,128 kes baharu direkodkan dengan kes aktif COVID-19 seluruh negara ketika ini adalah sebanyak 21,202 kes.

Daripada jumlah itu, seramai 20,239 individu atau 95.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah. Seramai 918 pula dirawat di hospital dengan 25 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Sumber: AWANI