Pendaftaran OKU Cacat Penglihatan Secara Dalam Talian Dibuka Hari Ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Pendaftaran keahlian Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) secara dalam talian dibuka hari ini, kata Presiden Mohammed Nazari Othman.

Selain itu, beliau berkata, inisiatif tersebut dilakukan selari dengan arus pemodenan teknologi yang dapat memudahkan dan meminimumkan pergerakan golongan berkaitan bagi memohon keahlian.

“Dengan adanya sistem ini, kita sasarkan pendaftaran ahli mencecah lebih 300 orang setahun berbanding sebelum ini yang menggunakan pendaftaran secara manual sekitar 100 orang ahli sahaja untuk setahun. Manakala, pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web sbm.org.”

“Saya juga berharap lebih ramai yang akan berdaftar dengan pihak kami kerana terdapat pelbagai manfaat yang akan diperoleh antaranya ahli SBM iaitu skim kebajikan, skim pendidikan dan peluang pekerjaan,” ujarnya.

Sementara itu, Mumtaz berkata, kerajaan negeri memberi komitmen sepenuhnya bagi memastikan golongan OKU di Kelantan mendapat hak sewajarnya selain bercadang untuk memberi sumbangan bernilai RM10,000 bagi pembinaan pejabat SBM di Kelantan dalam masa yang terdekat.

Tambah beliau, saya berharap badan-badan bukan kerajaan di negeri ini, termasuklah SBM dapat membantu saya dalam mencapai aspirasi ini seiring dengan dasar kerajaan sedia ada termasuklah agenda untuk memperkasa Akta OKU 2008 yang seharusnya diberi penekanan dalam pembangunan OKU di negara ini serta tidak terkecuali negeri Kelantan.

Sumber: BERNAMA