DUNGUN – Seorang pelajar perempuan maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 1, Jalan Tok Kah-Jerangau, dekat Alur Mak Bah, dekat sini, petang tadi.
Dalam nahas kira-kira jam 6.30 petang itu, Nurul Zahirah Aqrima Mohamad Yasin, 13, maut di tempat kejadian akibat parah pada kepala dan anggota badan.
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal dari Kampung Alur Mak Bah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Kah.
Mangsa dikatakan keluar dari sebuah simpang tiga di situ dengan secara tiba-tiba sebelum dirempuh pacuan empat roda terbabit lalu menyeret mangsa kira-kira 20 meter.
Katanya, anaknya itu yang adalah pelajar Sekolah Menengah Pulau Serai rupanya pergi ke sekolah untuk menyertai latihan sukan.
“Dia sempat menghantar rakannya di Kampung Alur Mak Bah dan ketika dalam perjalanan pulang, dia terbabit kemalangan itu.”
“Saya tak pernah benarkan dia menunggang motosikal keluar dari kawasan rumah, jika saya tahu dia nak ke sekolah, saya pasti akan hantarnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan itu.
Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.
Sumber: BERITA HARIAN