Kebaikan Yoga Untuk Kesihatan Dalaman Yang Tidak Ramai Tahu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Yoga mempunyai kelebihan tersendiri dalam menjaga kesihatan tubuh badan kita. Ini kerana yoga dengan tersendirinya merupakan satu aktiviti yang menyihatkan tubuh badan secara fizikal dan mental.Yoga juga mudah diamalkan di rumah pada bila-bila masa. Namun, pengendalian yoga sendiri di rumah agak bahaya jika postur yang ingin dilakukan berkemungkinan berisisko.

Kini sudah banyak aktiviti yoga dijalankan di gim juga pusat yoga sendiri. Yoga sebenarnya memberikan banyak kebaikan untuk mengekalkan kecantikan luar dan dalam tubuh badan kita. Postur tubuh badan dalam melakukan aktiviti yoga masing-masing mempunyai kelebihan yang berlainan.

Posisi yoga juga boleh meningkatkan imun sistem tubuh badan kita, dengan melakukan Wheel Pose yang terbukti dapat menguatkan otot di bahagian perut, merangsang tiroid dan kelenjar pituitary yang boleh meningkatkan daya ketahanan tubuh badan kita. Malah mampu menjadikan badan lebih fleksibel.

Tambahan pula, yoga berkesan dalam mengurangkan kesakitan migrain yang dihadapi jika anda melakukan aktiviti yoga selama tiga bulan. Antara posisi yoga yang boleh dilakukan untuk menangani masalah migrain adalah dengan melakukan Downward Dog Pose. Ia boleh meningkatkan aliran darah ke otak sekali gus merehatkan tekanan di bahagian kepala.

Dalam kajian Universiti Harvard mendapati bahawa lapan minggu mengamalkan senaman yoga dapat  membantu meningkatkan kualiti tidur yang baik bagi mereka yang mengidap insomnia. Ha ini kerana, masalah tidur yang berpunca daripada otak yang berfungsi dengan lebih kerap sehingga tidak dapat merehatkannya. Senaman yoga yang bagus untuk melancarkan tidur adalah seperti Child Pose yang membantu merehatkan minda serta melegakan tension di dalam badan. Tarik nafas sedalamnya bagi melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.

 Sumber : Unit Berita Manis