KETENGAH Sumbang Bantuan ‘One-off’ RM100 Kepada 300 Asnaf

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KEMAMAN – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menyumbang sejumlah RM 30,000 kepada 300 orang golongan asnaf dengan pemberian sumbangan one-off sebanyak RM 100 setiap seorang sempena Karnival Keluarga Malaysia Zon Selatan – Cheneh Baharu 2022.

Pengerusi KETENGAH, Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad Said berkata, karnival ini dilaksanakan bagi memupuk jalinan kebersamaan antara masyarakat dengan KETENGAH dan agensi- agensi kerajaan.

“Ia turut bagi menyampaikan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan bagi melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada masyarakat luar bandar.” katanya.

“Kemeriahan program ini dapatdilihat dengan kehadiran komuniti dalam ZonSelatan-Ceneh Baharu ini dan penglibatanpelbagai lapisan masyarakat iaitu 20 orangusahawan bimbingan KETENGAH, belia, badan bukan kerajaan dan sebagainya”, katanya ketika merasmikan Karnival Keluarga Malaysia Zon Selatan-Ceneh Baharu Tahun 2022 di Padang Astaka Bandar Ceneh Baharu.

Terdahulu, sejumlah RM 284,900 telah berjaya diperuntukkan kepada 163 orang yang terdiri daripada asnaf, pelajar sekolah dan pelajar Kolej Ketengah Sdn. Bhd sebelum ini.

Turut diumumkan bantuan dan sumbangan baharu di Ceneh Baharu yang akan memanfaatkan lebih 18 ribu orang antaranya, Pembangunan Hartanah dengan membina 174 lot bangunan di kawasan seluas 11.78 hektar dan pembinaan 18 buah bangunan kemudahan awam iaitu Dewan, Pusat Komuniti Desa, Perpustakaan, Tabika, Tandas Awam, Masjid, Surau, Astaka dan Kelas KAFA.

Karnival yang berlangsung tiga hari yang bermula 28 hingga 30 Julai ini berjaya menarik kedatangan hampir 5,000 orang penduduk setempat.

Turut hadir pada majlis perasmian berkenaan, Ketua Peneroka Felda Neram 2 merangkap Pengarah Program Karnival Keluarga Malaysia Zon Selatan-Ceneh Baharu, Dato’ Bahri Abdullah dan Pengurus Besar KETENGAH, Yang Mulia Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Dato’ Bahri bin Abdullah.

Sumber : UNIT BERITA MANIS FM