KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu melancarkan Kempen kibarkan Jalur Gemilang di rumah dan juga di jabatan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan sempena bulan Kebangsaan yang disambut pada bulan ini,
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia merupakan satu inisiatif bagi memperingati pengorbanan pejuang-perjuang tanah air dalam mencapai kemerdekaan.
Beliau juga menyeru rakyat Terengganu tanpa mengira kaum dan agama mengibarkan jalur gemilang di premis dan rumah masing-masing sebagai usaha simbolik dalam bersama-sama menyahut kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini.
Dalam ucapan perasmian sebentar tadi, Dr. Ahmad Samsuri berkata Kebebasan dan kemerdekaan ini bukanlah tidak boleh diganggu gugat, ia perlu diusahakan dan dipertingkatkan pada setiap masa pada setiap generasi, pada setiap individu tanpa mengira peringkat umur mereka, tanpa mengira kaum, kepercayaan agama, latarbelakang kehidupan, wilayah dan sebagainya
Menurut beliau kempen ini dilancarkan pada setiap tahun bagi meningkatkan lagi kecintaan masyarakat kepada tanah air dan menghayati pengorbanan pejuang-pejuang yang menuntut kemerdekaan Malaysia.
Oleh kerana itu tema Hari Kebangsaan kali ini adalah “Keluarga Malaysia, Teguh Bersama”, menggambarkan bahawa semangat perpaduan dan integrasi nasional merupakan senjata yang amat penting yang perlu kita miliki dan pelihara.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 pada hari ini di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Kempen bakal diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh.
Sumber : UNIT BERITA MANIS FM