KUALA NERUS – Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 yang bermula 30 Julai 2022 kini tiba di negeri Terengganu yang akan berlangsung selama 3 hari dengan 5 checkpoint.
Dengan berkonsepkan “Pass Baton”, kembara ini membawa Baton Jalur Gemilang ke seluruh negara dan akan diserahkan di setiap sempadan negeri.
Penyerahan Baton Jalur Gemilang di Terengganu tersebut telah diterima oleh Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Negeri Terengganu, Encik Sait Bin Yaman daripada Pengarah Japen Negeri Kelantan, Encik Muhd Aswadi Md. Nor di sempadan Kelantan-Terengganu pada 10 Ogos 2022.
Konvoi KKM2022 akan berada di Terengganu selama 3 hari dan akan melalui 5 checkpoint iaitu di Daerah Besut (Perkarangan Kota Putera Square), Daerah Kuala Nerus (Jeti Seberang Takir), Daerah Kuala Terengganu (Pasar Payang), Daerah Dungun (SK Pulau Serai) dan berakhir di Daerah Kemaman (Bangunan FAMA, Kerteh).
Penyertaan program ini melibatkan penyertaan kenderaan daripada pelbagai agensi & jabatan serta kelab permotoran KEMBARA Terengganu.
Setiap persinggahan konvoi KKM2022 dengan laluan tertentu akan diadakan pelbagai program seperti pengedaran Jalur Gemilang, risalah, bahan penerbitan dan aktiviti memasang Jalur Gemilang.
Konvoi KKM2022 Negeri Terengganu akan berakhir pada 12 Ogos 2022 dan Baton Jalur Gemilang akan diserahkan kepada Negeri Pahang di Chendor,
Sumber: UNIT BERITA MANIS FM