Bailly Sertai Marseille Secara Pinjaman

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

LONDON – Pertahanan tengah Manchester United, Eric Bailly berpindah secara pinjaman ke pasukan Ligue 1 Perancis, Olympique Marseille untuk baki musim ini, kata kelab Liga Perdana itu hari ini.

Bailly ada kontrak bersama United hingga 2024 namun Marseille ada pilihan bagi membelinya secara tetap pada penghujung musim 2022-23.

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu menyertai United pada 2016 tetapi hanya mendapat sedikit masa permainan dalam musim kebelakangan ini.

Dia hanya tiga kali disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk aksi Liga Perdana dalam kempen sebelum ini.

Dia juga masih tidak bermain di bawah kendalian pengurus baharu, Erik ten Hag musim ini.

Bailly semakin tidak mendapat tempat selepas kehadiran Raphael Varane dan Lisandro Martinez.

Pemain berusia 28 tahun itu kini berpeluang beraksi dalam Liga Juara-Juara musim ini apabila Marseille menamatkan saingan di tangga kedua Liga Perancis di belakang Paris St Germain.

Marseille kini ketiga Ligue 1, dua mata di belakang PSG.

Sumber : BERITA HARIAN