Jiwa Kopi & Bingsu Rai Atlet Karate dan Esport SUKMA Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Jiwa Kopi & Bingsu menjadi salah satu daripada 12 premis menzahirkan sokongan melalui tajaan kepada kotinjen atlet Karate dan Esport SUKMA yang akan bertanding di Temasya SUKMA XX nanti.

Ketua Kontinjen (CDM) Terengganu, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata ia adalah salah satu insentif Majlis Sukan Negeri (MSN) bagi mendapatkan sokongan komuniti bagi meraikan pasukan kontinjen SUKMA Terengganu.

“Jadi, Restoran Jiwa hari ini merupakan premis yang ke-6 meraikan team-team SUKMA di majlis samada majlis makan tengah hari, minum petang ataupun makan malam”.

“Ini adalah salah satu testimoni bahawa pasukan kontinjen SUKMA Terengganu ini bukan sahaja disokong oleh kerajaan dan Majlis Sukan Negeri, tetapi oleh segenap lapisan masyarakat.”

Beliau juga berharap melalui insentif mampu menyatukan hubungan di antara atlet SUKMA dan komuniti sebagai sokongan moral kepada atlet yang membawa nama negeri Terengganu menjelang Temasya SUKMA nanti, katanya kepada media selepas Majlis Jamuan Tengah Hari bersama Pasukan Karate dan Esport di Jiwa Kopi & Bingsu, Chabang Tiga.

Pasukan Karate akan menampilkan 11 orang atlet iaitu 7 orang atlet lelaki dan 4 orang atlet wanita yang akan menyertai 13 daripada 16 acara yang dipertandingkan dengan sasaran 1 emas.  

Manakala, Pasukan Esport yang terdiri daripada 16 orang atlet yang bakal menyertai kesemua 5 acara yang dipertandingkan iaitu PES 2021, Dota 2 dan Mobile Legend dengan sasaran 3 emas.

Pasukan Esport komited dengan sasaran tersebut dengan kehadiran atlet Ahmad Ali Huzaifi yang mewakili negara dengan meraih pingat gangsa berpasukan di dalam acara Mobile Legend di Kejohanan SEA Games Filipina 2019 lalu.

Sumber : UNIT BERITA MANIS FM