Lelaki Lemas Selepas Terjatuh Ke Sungai Nerus

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA NERUS – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh di Sungai Nerus, berhampiran Kampung Buluh Gading di sini, pagi tadi.

Mayat mangsa, Rafiuddin Fakhri Roshdi, 30, ditemui pasukan penyelamat di dasar sungai berkenaan jam 10.42 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar, berkata pihaknya menerima panggilan jam 7.14 pagi sebelum 15 anggota termasuk tiga dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Mayat mangsa ditemui anggota PPDA di dasar sungai pada jarak dua meter dari lokasi dia dilaporkan jatuh.

“Ketika operasi dijalankan, kita berdepan sedikit kesukaran berikutan keadaan air yang keruh dan berselut.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber : BERITA HARIAN