Baitul Ummi Akan Diselesaikan Tahun Ini – Exco

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu bakal menyelesaikan isu pembinaan Baitul Ummi menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata pembinaan Baitul Ummi disasarkan akan dibina di setiap daerah di negeri Terengganu.

“Sepatutnya kita dah proses bulan 6 baru-baru ini, tetapi yang kita nak bina di KTS tu milik MAIDAM dan kita kena cari tempat lain, ini yang menjadi masalahnya”. katanya

“(Buat masa ini) yang saya tubuhkan ialah ‘Raudhatul Jannah di DITC di Kemaman, di mana asalnya budak-budak gelandangan, tetapi oleh kerana negeri Terengganu ini tiada gelandangan, jadi (di sini) budak-budak bukan sahaja ketinggalan dari segi ilmu tetapi turut yang mengalami masalah keluarga”.

“Setakat ini saya rasa hampir dalam 60 orang pelajar berada di DITC”, tambanya kepada pemberita selepas program Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022.

Turut berlangsung pada majlis berkenaan penganugerahan Warga Emas yang menjadi manifestasi penghormatan, penghargaan dan keprihatinan kepada sumbangan, peranan dan kesejahteraan warga emas dalam beberapa bidang tertentu.

Statistik di Malaysia merekodkan bilangan warga emas adalah seramai 3.6 juta orang dan di Terengganu khasnya adalah seramai 170,000 orang.

Sumber : UNIT BERITA MANIS FM