Siti Khadijah Lancar Pembukaan Serentak Butiknya Yang Ke-43 & 44 Di KL East Mall & Tanah Merah Kelantan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR– Terus gah mencipta nama, syarikat anak tempatan, Siti Khadijah berjaya melancarkan pembukaan butiknya yang ke-44 di KL East Mall.

Ketua Pegawai Perdagangan Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, Khairul Idham Ramdzan berkata  Siti Khadijah Group meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 60 buah butik Siti Khadijah dibuka di serata Malaysia menjelang 2023. 

“Lokasi yang dipilih untuk 60 cawangan tersebut mengambil kira faktor kemudahan akses, demografi penduduk, keberadaan tempat, dan juga pelbagai faktor lain yang mempengaruhi pilihan lokasi strategik berkenaan,” katanya.

Tambah beliau lagi, meskipun kini Butik Siti Khadijah telah bertapak 3 ke 4 cawangan di sesetengah negeri, pihak mereka tidak berada di dalam zon selesa dengan pencapaian tersebut sebaliknya, mereka menjadikan kejayaan mereka sebagai pembakar semangat untuk sentiasa berusaha. 

Butik Siti Khadijah telah dibuka di semua negeri-negeri di Malaysia setakat ini kecuali negeri Perlis. 

Namun, mereka tetap berhasrat untuk membuka cawangan disana suatu hari nanti demi melengkapkan impian melihat Siti Khadijah di setiap negeri, sekaligus mendominasi pasaran pakaian dan kelengkapan ibadah tempatan. 

Selain daripada penambahan bilangan butik, Siti Khadijah juga memberikan momen membeli belah yang bermakna melalui inisiatif pembaharuan reka letak butik yang praktikal serta meningkatkan kualiti khidmat pelanggan.

Perkara ini selari dengan matlamat Siti Khadijah untuk menjadi suatu jenama lokal yang mempunyai kualiti global dengan slogan “To dream is to have the first step taken,” kata Khairul Idham Ramdzan.

Siti Khadijah juga dalam perancangan untuk melebarkan sayap ke pasaran luar negara. Antara negara yang akan menjadi sasaran untuk tahun hadapan mengikut rangka kerja Siti Khadijah ialah Indonesia, Singapura, dan Brunei. 

Pada hari yang sama turut berlangsung pelancaran butik Siti Khadijah yang ke-43 telah dibuka di Tanah Merah, Kelantan.

Sumber : UNIT BERITA MANIS FM