Jelajah Era Roving Squad Kini Berada di Kuala Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Era Roving Squad meneruskan jelajahnya kali ini dengan memilih Kuala Terengganu sebagai destinasi bagi mempromosikan produk Beras ERA Sultan Basmati. 

Ketua Pengurusan Jenama dan Pembangunan Produk Padiberas Nasional Sdn Bhd, Farhan Hafetz berkata, Era Roving Squad akan berada di sembilan lokasi  sekitar negeri Terengganu dan Pahang bermula 28 Oktober hingga 30 Okober ini.

Pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan kepada pengunjung yang hadir di setiap destinasi ketika ‘happy hour’ sepanjang kempen jelajah ini berlangsung.

Tambahnya, pada ‘Happy Hour’ tersebut akan berlangsung acara permainan yang boleh disertai para pengunjung sekaligus melayakkan mereka untuk mendapatkan Beras Cap Sinar Timur seberat 5 kilogram secara percuma.

“Di setiap lokasi destinasi yang kita pergi, kita akan bagi 200 sampel percuma, jadi sebanyak 2000 beras Era yang akan diberikan, jadi jangan lepaskan peluang ini” katanya. 

“Dalam Era Roving Squad ini kita perkenalkan Beras Sultan Basmati, Beras Basmati untu semua yang mampu milik, jadi dapatkan Beras Era Sultan Basmati selain daripada itu kita ada Beras Era Sinar Timur dan Beras Era Nagasari” tambahnya lagi.

“Kita telah mengadakan Era Roving Squad ini di seluruh Malaysia untuk memberikan peluang kepada pengguna-pengguna bersama-sama menikmati promosi yang diberikan” katanya kepada pemberita selepas Program Roving Squad Era yang berlangsung di Pasar Payang Kuala Terengganu.

Era Roving Squad akan meneruskan jelajah seterusnya pada akhir tahun ini ke Utara Malaysia iaitu negeri Kedah dan Perlis.

Menurut Farhan lagi, Beras ERA turut akan mengadakan peraduan “Pakat Beli Beras ERA” yang menawarkan hadiah berupa pakej umrah yang bernilai RM 16,000 serta pelbagai lagi tawaran hadiah yang menarik.

Sumber : UNIT BERITA MANIS FM