JPS Ramal Banjir di Lembangan Sungai Golok

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kejadian banjir di Lembangan Sungai Golok di Rantau Panjang Pasir Mas berdasarkan hasil simulasi model ramalan banjir.

JPS dalam satu kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Kampung Kubang Rambutan, Kampung Bagus, Kampung Degung, Kampung Telaga Emas dan kawasan sekitarnya jika hujan yang signifikan berlaku di lembangan tersebut.

“Tarikh dan waktu dijangka banjir ialah pada 6 Nov mulai 2 pagi,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPS banjir diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan semasa di lokaliti tersebut.

“Oleh yang demikian, semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir,” katanya.

Sumber :  BERNAMA