Empat Sungai di Pahang Rekod Paras Waspada

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN – Paras air di empat sungai di Pahang dilaporkan melepasi paras waspada setakat jam 11 pagi, hari ini.

Maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, paras sungai yang melepasi paras waspada ialah Sungai Triang, Triang di Bera dan Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran.

Selain itu, Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Paloh Hinai, Pekan.

Bagaimanapun, info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang dibuka.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

Sumber : BERITA HARIAN