Enam Maut, 81 Cedera Dalam Letupan di Istanbul, Kata Naib Presiden Turkiye

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

ANKARA – Enam orang maut manakala 81 lagi cedera dalam letupan di Istiklal Avenue, Istanbul pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

Naib presiden Turkiye, Fuat Oktay yang melawat lokasi kejadian memberitahu media di Dataran Taksim Istanbul bahawa seorang penyerang wanita bertindak meletupkan bom dan tindakan itu dianggap sebagai perbuatan pengganas.

Menurut Gabenor Istanbul Ali Yerlikaya, insiden itu berlaku sekitar 4.20 petang (1320 GMT) waktu tempatan, manakala polis dan pegawai kecemasan telah mengepung tempat kejadian.

Terdahulu, sejurus sebelum berlepas ke Indonesia bagi menghadiri sidang kemuncak G20 ke-17, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata serangan bom itu “berkemungkinan serangan pengganas.”

Beliau berkata negara tidak akan tunduk kepada keganasan, dan semua pelaku akan dikenal pasti.

Pemimpin dunia termasuk Pakistan, Sweden, Ukraine, Azerbaijan dan lain-lain mengutuk serangan itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada Türkiye.

Sumber : BERNAMA