Sekurang-kurangnya 44 maut, ratusan lagi cedera gempa bumi di Jawa Barat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

CIANJUR, JAWA BARAT: Sekurang-kurangnya 44 maut manakala ratusan lagi cedera dalam gempa bumi yang menggegarkan pulau utama Indonesia di Jawa Barat, seorang pegawai tempatan dari bandar yang paling teruk dilanda gegaran itu memberitahu media tempatan.

Terdapat berpuluh-puluh orang terbunuh. Beratus-ratus, malah mungkin beribu-ribu rumah rosak. Setakat ini, 44 orang telah meninggal dunia,” Adam, jurucakap pentadbiran tempatan di bandar Cianjur di Jawa Barat, yang seperti kebanyakan rakyat Indonesia menggunakan satu nama , memberitahu AFP.

Ketua Pentadbiran Cianjur, Herman Suherman, kepada penyiar Metro TV pula berkata, kebanyakan mereka mengalami keretakan akibat terperangkap oleh runtuhan bangunan.

Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud menggegarkan ibu kota Indonesia Jakarta selama beberapa saat, hari ini kata agensi cuaca dan geofizik (BMKG).

Pusat gempa berada di darat di sekitar Cianjur di Jawa Barat, pada kedalaman 10 km (6.21 batu), kata BMKG, sambil memaklumkan setakat ini tiada potensi tsunami dilaporkan. – AFP

Sumber: BERITA HARIAN