Hujan Berterusan Tahap Waspada di Kelantan, Terengganu Mulai Esok

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu selama tiga hari berkuat kuasa esok.

Kawasan di Kelantan yang terbabit adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala di Terengganu amaran membabitkan seluruh negeri itu.

Menurut kenyataan MetMalaysia semalam, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber : BERITA HARIAN