Menteri Terlibat Rasuah, Salah Guna Kuasa Akan Dipecat Serta-Merta – Anwar

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PUTRAJAYA – Mana-mana menteri di dalam Kerajaan Perpaduan yang didapati terlibat dengan budaya rasuah atau salah guna kuasa akan dipecat serta-merta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur sekiranya budaya itu wujud dalam kerajaan pimpinannya.

“Saya sudah beritahu kepada rakan-rakan Jemaah Menteri yang saya pilih, yang pertama, untuk soal tata kelola maknanya tiada rasuah.

Saya juga sudah bercakap dengan ketua-ketua parti komponen, kalau ada semasa pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri kes seperti ini (rasuah), saya minta pecat mandat (sebagai menteri) serta merta,” katanya ketika berucap pada Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri Bersama Ulama dan Asatizah di sini hari ini.

Menurutnya peringatan itu bukan bersifat politik sebaliknya merupakan keyakinan beliau untuk membebaskan negara daripada rasuah.

– BERNAMA