2,014 Mangsa Banjir di Kelantan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan menurun sedikit kepada 2,014 mangsa setakat jam 9 pagi ini berbanding 2,018 orang malam tadi.

Jumlah itu membabitkan daripada 634 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas.

Menurut laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my, mangsa banjir berkenaan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh seramai 712 orang, diikuti SK Gual Periok dengan jumlah 544 orang.

Mereka juga ditempatkan di SK Kubang Kual (251 orang), PPS Putat Tujoh dengan jumlah 157 orang, SK Sri Kiambang (234 orang), Masjid Mukim Padang Licin seramai 69 orang dan SK Kedai Tanjong seramai 47 orang.

Sementara itu, menurut https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air/?lang=en melaporkan, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sedikit menurun berbanding semalam, namun masih melebihi paras bahaya dengan bacaan 9.26 meter (m).

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula sedikit meningkat dan melepasi paras amaran iaitu 2.16m.

– BERITA HARIAN