mangsa banjir di Terengganu menurun, 20 masih di PPS

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU: Hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol, yang masih kekal dibuka di Terengganu.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, setakat jam 8 pagi ini jumlah mangsa banjir semakin mencatatkan penurunan.

Seramai 20 mangsa daripada lima keluarga masih berada di PPS terbabit.

Berbanding petang semalam, jumlah mangsa banjir di PPS mencatatkan penurunan kepada 29 orang daripada lapan keluarga, berbanding 37 mangsa daripada 10 keluarga pada sebelah pagi.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berterusan bermula hari ini hingga Rabu.

Sumber: BERITA HARIAN