Tiga sungai utama di Kelantan masih melebihi paras bahaya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU: Tiga sungai utama di Kelantan yang masih melepasi paras bahaya, satu paras amaran dan empat paras berjaga-jaga sehingga jam 9 pagi ini.

Laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan, sungai yang masih melepasi paras bahaya ialah Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 10.48 meter (m), diikuti Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (3.68m) dan Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai (36.51m).

Sungai Kelantan di Kuala Krai melepasi paras amaran iaitu 23.51m, manakala sungai yang melepasi paras berjaga-jaga ialah Sungai Kelantan di Jeti Kastam (3.83m), Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu (3.79m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (22.20m) dan Sungai Pergau di Kuala Balah, Jeli (51.19m).

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan merekodkan 29 jalan yang dinaiki air masih ditutup di negeri ini termasuk kepada kenderaan ringan dan semua kenderaan.

Terdapat 16 jalan yang ditutup di Pasir Mas, diikuti masing-masing tiga di Kuala Krai, Pasir Puteh dan Tanah Merah, serta dua di Machang dan dua di Tumpat

Jalan ditutup di Pasir Mas termasuk Jalan Kota Bharu- Pasir Mas- Rantau Panjang, Jalan Panglima Bayu- Rantau Panjang- Jeram Perdah, Jalan Tanah Merah- Lubok Jong dan Jalan Sekolah Cina.

Selain itu, jalan ditutup di Kuala Krai ialah Jalan Jirat, Jalan masuk ke Kampung Baru Pahi dan Jalan Bukit Sireh/ Kampung Bedal/Kuala Nal, di Pasir Puteh pula Jalan Pasir Puteh- Semerak, Jalan Pasir Puteh-Jelor dekat Bukit Gedombak dan Kampung Tasek Pauh / Kampung Tualang Tinggi.

Di Tanah Merah pula membabitkan Jalan Tanah Merah- Kusial- Kampung Ipoh, Jalan ke Loji Membersih Air Bukit Remah dan Jalan Panglima Bayu- Rantau Panjang, manakala Tumpat, Jalan Cabang empat/ Kampung Jambu/ Meranti dan Jalan Kota Bharu- Pasir Mas- Rantau Panjang.

Sumber: BERITA HARIAN