Dua Lelaki Maut Kereta Terbabas Di Dalam Longkang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

IPOH: Dua lelaki maut tersepit apabila kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang besar dalam insiden berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, ketika kejadian yang mengorbankan R Dhaarnish, 29, serta seorang lagi mangsa yang belum dapat dikenal pasti itu, paras air longkang berkenaan terlalu cetek.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata panggilan mengenai kejadian diterima jam 5.19 pagi.

“Nahas membabitkan sebuah Honda Accord yang terbabas ke dalam parit (longkang besar) berhadapan BBP Meru Raya menyebabkan pemandu dan penumpang kereta tersepit.

“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi tamat jam 7.44 pagi.

Sumber: BERITA HARIAN