Pernah tak anda tiba-tiba terasa loya dan mual selepas menjamu selera. Serba tak kena pula, sampaikan teringat badan sudah terkena keracunan makanan. Sama juga bila kita mengharungi perjalanan yang jauh, mulalah kepala terasa pening dan perut jadi kembung jadi mabuk jalan.
Punca jadi loya atau mula selepas makan ini boleh terjadi akibat makan berlebihan atau terlalu cepat. Ada juga yang disebabkan sikap selepas makan terus berbaringan. Namun ada yang lebih serius apabila ia dikaitkan dengan gangguang psikologi iaitu bulimia.
Jika anda sering mengalami rasa mual atau loya selepas makan, cuba ikuti langkah ini hilangkannya..
#1 Jus Limau Nipis
Sediakan minuman dari perahan limau nipis dan setengah sudu kecil gula. Limau nipis atau limau parut yang paling mujarab dan senang untuk dilakukan. Malah, mencium baunya saja sudah dapat menghilangkan tekak yang loya dan kepala yang berat.
#2 Halia
Halia membantu makanan masuk ke dalam saluran penghadaman secara perlahan dan memberikan nutrisi diserap oleh tubuh. Minum teh halia adalah cara paling baik untuk menghilangkan ketidakselesaan perut. Caranya rendam halia yang ditumbuk halus bersama air panas kemudian diminum.
#3 Kulit Kayu Manis
Ambil setengah sudu kecil serbuk kayu manis kemudian campurkan dengan satu cawan air panas dan diminum untuk menghilangkan loya. Ibu mengandung tidak disyorkan mengamalkan minuman ini.
Cara paling elok untuk mengelak dari rasa loya atau mual anda boleh ubah cara makan dengan..
#4 Jangan selang air
Daripada minum apabila anda makan, anda perlu minum sebelum dan selepas makan dengan selang yang mencukupi.
#5 Kunyah makanan
Pastikan kunyah makanan sehingga hancur dan pilih makanan yang mudah dihadam.
Sumber: Wanista