Ucapan Cinta Izreen Azminda Sempena Hari Lahir Ude

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Baru sahaja menjadi tumpuan ramai dengan foto-foto bulan madu mereka di Bali, kini pasangan Izreen Azminda dan Ude Wahid semakin menjadi-jadi seronoknya berkongsi kebahagiaan mereka dengan umum.

Kali ini, ucapan penuh cinta dan kasih sayang Izreen bersempena dengan hari jadi suaminya yang ke 30 pula mencuri perhatian ramai.


Menerusi akaun Instagramnya, Izreen memuat naik sebuah video mengandungi foto mesra mereka berdua dengan kapsyen agar Ude terus tabah serta bersabar dengan setiap dugaan yang menimpa. Sebagai seorang isteri, Izreen akan tetap teguh serta setia disamping suamiya itu dalam apa jua keadaan.

Bukan main “bersemut”  bait-bait cinta yang diungkapkan oleh Izreen untuk Ude.  Semoga kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat mereka.

Sumber : Beautifulnara