Kalau bukan kaki cedera, Ummi Nazeera tak tahu dia hamil

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Selepas sembilan bulan berkahwin pelakon Ummi Nazeera mengesahkan khabar angin mengatakan dia bakal bergelar ibu.

Ummi atau Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 28, berkata, dia kini sedang hamil empt bulan dan dijangka bersalin pada September depan.

“Alhamdulillah saya sudah empat bulan satu minggu hamil dan ia memang berita yang sangat menggembirakan,” katanya.

Ummi ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Duo Be’Cell yang diadakan pada Rabu.

Aktres itu berkahwin dengan Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, 31, pada 23 Julai tahun lalu.

Dalam pada itu, Ummi berkata, pada awalnya dia tidak menyedari dirinya berbadan dua namun kejadian dia mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran filem Gol & Gincu Vol 2 menjadi penyebab dia mengetahui hal itu.

Kata Ummi, ketika berkunjung ke klinik untuk mendapatkan rawatan, doktor mengesyaki dia hamil namun selepas ujian dilakukan keputusannya samar.

“Saya berjumpa doktor untuk membuat X-Ray apabila kaki saya tercedera ketika berlatih bermain futsal untuk salah satu babak salam Gol & Gincu.

“Bagaimanapun doktor yang juga rakan kepada suami saya bertanya sama ada saya hamil namun saya kata tidak pasti.

“Dia meminta saya membuat ujian kehamilan namun keputusannya agak samar-samar,” katanya.

Tambah Ummi, tiga hari selepas itu dia sekali lagi membuat ujian kehamilan dan keputusannya mengesahkan dia sememangnya hamil.

Sumber: Mstar