Tampil berbaju kurung ‘cotton’, gaya sopan Neelofa dipuji peminat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Sering terpalit dengan kontroversi yang melanda Neelofa baru-baru ini, beliau menganggap itu semua adalah cabaran sebagai seorang selebriti yang tidak terlepas dari sebarang isu. Tampil dengan pelbagai fesyen terkini, beliau telah dinobatkan sebagai Fesyen MeleTOP 2018 dalam Anugerah MeleTOP 2018 (AME 2018) baru- baru ini.

Terbaru, Neelofa telah mengenakan baju kurung cotton berwarna merah jambu lembut yang sejuk mata memandang dan saling tidak tumpah seperti wanita melayu terakhir.

Usahawan muda itu telah mengadakan sesi ramah mesra bersama peminat dengan bacaan 99 Nama Allah petang tadi. Pencetus Ummah (PU) Rizz Ismail juga turut hadir bersama selaku hos pada majlis yang diadakan secara kecil-kecilan di Butik Naelofarhijab, TTDI.

Dek kerana keayuan Neelofa mengenakan baju kurung cotton itu, rata-rata peminat telah meninggalkan komen dalam ruangan gambar tersebut.

 

Sumber: Oh My Media