Gara-gara akaun Instagram digodam dengan gambar kemaluan, Zul Ariffinmengakui ia sedikit mengubah pandangan masyarakat terhadapnya. Jelasnya, beliau sendiri berdepan dengan situasi peminat memandang serong kepadanya sejak insiden itu berlaku beberapa hari lalu.

“Ia tak mencalarkan imej saya tapi semestinya pandangan masyarakat kepada saya lebih berbeza. Pernah satu hari saya memandu ke kaunter pandu lalu di restoran makanan segera pun, pekerja di kaunter itu memberikan senyuman yang ‘lain macam’ kepada saya.

“Ia bukanlah gambar senonoh lebih-lebih lagi ketika ianya dimuat naik dari akaun Instagram saya. Kalau ada yang nak simpan dan terus sebarkan, saya tak boleh kata apa-apa. Saya sendiri pun tak tahu siapa yang godam dan muat naik. Jadi, tak ada tindakan boleh diambil.

Dalam kekecohan kontroversi terbabit, tiba-tiba timbul pula nama bekas kekasih, Zahirah Macwilson yang didakwa menggodam akaun Zul. Biarpun hubungan mereka berakhir dengan tegang namun Zul menafikan dakwaan tersebut. 

“Lagi pula, bukan saya seorang saja mempunyai kata laluan untuk log masuk ke Instagram saya kerana saya juga kongsikan dengan tiga wakil kelab peminat yang saya percaya,” jelasnya kepada Harian Metro

Sumber: Rotikaya