Arsenal Kekal di Persada EPL

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

LONDON – Arsenal mengekalkan kelebihan dua mata di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil kemenangan 1-0 di Leicester awal pagi tadi ketika Manchester City terus mengejar Gunners dengan membelasah Bournemouth 4-1.

Gabriel Martinelli menjaringkan gol kemenangan buat Arsenal di Stadium King Power dalam aksi didominasi pelawat itu.

“Untuk masa yang kami mendominasi posisi bola dan situasi yang kami ada pada suku ketiga, kami sepatutnya boleh mencipta lebih banyak peluang dan menjaringkan lebih banyak gol,” kata bos Arsenal, Mikel Arteta.

“Apabila anda tidak melakukannya, anda perlu menakjubkan ketika bertahan dan kami hanya melepaskan satu cubaan. Dalam bertahan kami menakjubkan.”

Keputusan Arteta memulakan Martinelli dan Leandro Trossard dalam senarai tiga pemain serangan menggantikan Eddie Nketiah berbalas.

Trossard melalui babak pertama yang hebat apabila dia meledak ke penjuru namun dibatalkan kerana rakaman VAR mendapati ada kekasaran dilakukan Ben White terhadap penjaga gol Leicester, Danny Ward.

Namun jaringan Martinelli tidak dinafikan seminit selepas bermula babak kedua apabila dia tenang menyempurnakan hantaran lintang Trossard.

Gol kedua Bukayo Saka tidak dikira kerana ofsaid ketika Arsenal gagal menukar dominasi mereka untuk jaringan lebih meyakinkan.

Sementara itu juara bertahan, City membelasah Bournemouth bagi mengurangkan jurang di kedudukan teratas kepada dua mata.

Julian Alvarez, Erling Haaland dan Phil Foden masing-masing menemui sasaran buat skuad kendaian Pep Guardiola sebelum tamat babak pertama.

Sepakan Alvarez kemudiannya membias ke gawang sendiri oleh Chris Mepham pada awal babak kedua.

Bagaimanapun City kini melalui enam aksi dengan dibolosi apabila Jefferson Lerma meledak gol sagu hati buat skuad Cherries, yang kini semakin jauh di zon penyingkiran.

– BERITA HARIAN