Restoran Infaq Lil Wafi Perkenal Menu Rahmah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU –  Restoran Infaq Lil Wafi, Wakaf Tok Pelam yang merupakan hak milik Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mula menawarkan Menu RAHMAH dengan harga serendah RM5.00.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, inisiatif itu adalah bagi kemudahan bagi masyarakat miskin dan kurang pendapatan yang terkesan dengan kos sara hidup.

“Dan satu lagi bagi mereka berada di sini boleh infaq  di tabung yang disediakan untuk memberikan perlaburan dengan cara itu”.

“Jadi dengan cara itu, kita boleh bagi (direct) kepada pekedai dan orang ramai supaya barang-barang yang kita beri ini terjamin dari segi kualitinya dan juga sentiasa murah”.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Menu Rahmah dan Penyerahan Bakul Rahmah yang dirasmikan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Sebanyak 8 kiosk yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman menawarkan Menu RAHMAH antaranya, Has Aneka Nasi-Nasi Putih, Has Yong Tau Fu, Dapor Laki-Bini Nasi Goreng Ikan dan pelbagai lagi.

Pada program yang sama, turut berlangsung penyerahan sumbangan Bakul Rahmah kepada 20 penerima asnaf dengan setiap bakul bernilai RM150.

Inisiatif Bakul Rahmah dilaksanakan bertujuan bagi membantu kumpulan miskin tegar B40 (pendapatan kurang daripada RM2,500) dalam mengurangkan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh golongan ini.

– UNIT BERITA MANIS FM