Tindakan Ke Atas Penjaja Kerana Degil, Halang Laluan – MPKB-BRI

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sudah beberapa kali memberi amaran dan peluang dalam tempoh lebih setahun kepada penjaja di Lembah Sireh di sini yang berniaga sehingga mengganggu lalu lintas, selain meninggalkan lori dan van buruk untuk dijadikan stor di kawasan itu.

Tindakan menjaja tanpa lesen itu bahkan turut menghalang pili bomba yang boleh mengundang kesukaran jika berlaku bencana seperti kebakaran.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Rosnazli Amin berkata, tindakan penguatkuasaan dilakukan susulan aduan awam mendapati penjaja berniaga di dalam petak tempat letak kereta.

Katanya, penjaja juga menyebabkan kekotoran seperti sisa minyak menggoreng yang tumpah ke tar selain sisa makanan.

“Saya nasihatkan penjaja supaya memohon lesen penjaja dan berpindah ke tempat sesuai yang sah untuk berniaga di sisi undang-undang kerana niaga di tempat letak kereta adalah satu kesalahan, sementara tanah kosong berhampiran itu pula adalah milik syarikat persendirian,” katanya.

– SINAR HARIAN