Ara Johari Tersinggung Dengan Komen Netizen

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Penyanyi Ara Johari mengakui berasa tertekan apabila menerima kecaman netizen gara-gara kesilapannya memuat naik rakaman filem Avengers: Infinity War di InstaStory di Instagram miliknya.

Ara berkata, sukar baginya menerima teguran segelintir netizen yang menggunakan perkataan kesat terhadapnya hanya kerana kesilapan dilakukan.

“Memang tertekan juga sebab pertama kali kena kecam teruk macam ni. Saya tak dapat nak terima apabila ada menggunakan kata-kata kesat.

“Saya tak kisah kalau hendak tegur atau nasihat tetapi panggil saya anjing dan bodoh sehingga melibatkan karier seni saya itu keterlaluan.

“Tegurlah cara baik dan guna perkataan yang lebih sesuai,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.

Ara diminta mengulas mengenai tindakannya memuat naik rakaman beberapa saat babak dalam filem tersebut di laman sosialnya pada Jumaat lalu.

Akibat rakaman tersebut, Ara menerima kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang seolah-olah membocorkan jalan cerita filem itu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Bunga itu mengakui kesilapannya dan memohon maaf.

Dalam pada itu, Ara bekata, dia akan lebih berhati-hati dalam meuat naik sesuatu perkara di laman sosial agar kejadian sama tidak berulang lagi.

“Saya akui tindakan itu salah dan saya minta maaf kepada semua pihak terlibat. Saya tak sangka perkara ini boleh jadi isu besar.

“Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati nak muat naik sesuatu di media sosial,” ujar Ara.

 

Sumber: Mstar