Restoran Along Ikan Baung Tawar One-Stop Centre Pengemar Ikan Baung

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Restoran Along Ikan Baung bakal menjadi One- Stop Centre bagi penggemar ikan baung dan lauk pauk berasaskan makanan kampung.

Pengurus Along Ikan Baung Surau Panjang, Nurul Hikmah Hanafi berkata, ini berikutan restoran tersebut bakal membina pelbagai kemudahan seperti surau, tandas, bilik mandi, bilik makan VIP, hentian bas serta pentas majlis yang dijangka siap selepas bulan Syawal ini.

“Selepas itu, di depan surau itu kita ada bina pondok istirehat, taman permainan dan kolam mandian untuk kanak-kanak sementara tunggu ibu bapa menjamu selera”.

Tambahnya lagi, tempat parkir di restoran beliau juga sangat selesa dan cukup untuk pengunjung yang mampu menampung sehingga lebih daripada 5 buah bas rombongan pengunjung yang datang.

Menariknya di Restoran Along Ikan Baung Surau Panjang ini menawarkan lebih daripada 50 menu kepada pengunjung antaranya masakan berasaskan lauk pauk kampung, ikan baung dan patin masak tempoyak, Kari Kepala Ikan Merah, Daging harimau menangis, sotong dan udang celup tepung dan pelbagai lagi. 

Restoran yang terletak di berhampiran Sekolah Kampung Bukit itu dibuka pada setiap hari bermula 10 pagi hingga 4 petang.

Bagi promosi, restoran ini bakal dibahagikan kepada dua pilihan harga dengan menawarkan harga yang sangat rendah bagi pembeli yang ingin membeli makanan dan lauk pauk secara bungkus berbanding pengunjung yang ingin makan di restoran.

– UNIT BERITA MANIS FM