Ribuan Ikan Di Tasik UniSZA Mati

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA NERUS: Fenomena El Nino menyebabkan ribuan ikan di Tasik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Gong Badak, di sini, mati sejak semalam.

Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Alam Sekitar (Eseri) UniSZA, Dr Fathurrahman Lananan berkata, kekurangan oksigen di tasik berkenaan juga dikenal pasti sebagai punca kematian ikan yang sebilangan besarnya daripada spesis tilapia.

“Kita sudah menjalankan pemeriksaan sampel air tasik dan mendapati bacaan oksigen terlalu rendah.

“Kita syak ia disebabkan kemasukan nutrien sisa air domestik dari sistem perparitan taman perumahan berhampiran.

“Cuaca panas melampau sejak Mac lalu akibat fenomena El Nina juga meningkatkan lagi suhu permukaan tasik sekali gus mengurangkan kapasiti simpanan oksigen di dalam air,” katanya, hari ini.

Fathurrahman berkata, pertembungan faktor nutrien daripada sisa buangan domestik yang pekat ditambah peningkatan suhu permukaan tasik menyebabkan ikan mati.

Katanya, kenaikan mendadak oksigen biologikal (BOD) boleh mengakibatkan bacaan oksigen air menjadi sifar sekali gus mematikan ekosistem dalam sungai seperti ikan dan tumbuhan.

“Ini kali kedua insiden ikan mati di Tasik UniSZA kerana sebab yang sama sejak tasik ini dijadikan komponen tebatan banjir kawasan setempat mulai 2017,” katanya.

Fathurrahman berkata, pihaknya memohon agar kerajaan meluluskan segera projek Loji Rawatan Air (LRA) bagi menampung kemasukan air domestik di tasik berkenaan.

Sumber: METRO