Lelaki Amuk Dipanggil Pakcik, Ditahan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SUBANG JAYA: Bengang dipanggil dengan gelaran `pakcik’ menyebabkan seorang lelaki berusia 50 tahun mengamuk di sebuah restoran di Putra height di sini.

Dalam kejadian jam 9 pagi, 6 Jun lalu, suspek dikatakan berang dan meminta supaya pekerja terbabit memanggilnya dengan panggilan `abang’ atau `baby’.

Suspek bagaimanapun ditahan polis jam 1 pagi semalam di kedai dobi layan diri di Batu Caves, Gombak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan mendapati suspek tidak bekerja.

“Pemeriksaan mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau berkaitan kes tipu, menghalang penjawat awam dan membuat ugutan.

“Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 352 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum ini, tular video memaparkan lelaki terbabit mengamuk secara tiba-tiba hingga sanggup mencederakan seorang kanak-kanak.

Suspek turut bertindak mengamuk lalu membaling makanan serta minuman panas sehingga terkena seorang kanak-kanak berusia empat tahun.

Selepas mangsa menyerahkan bungkusan makanan dan minuman yang dipesan, suspek turut menjerit memaki hamun serta mengugut akan merosakkan harta benda serta membuat kacau.

Sumber: METRO