Terengganu Equestrian Resort (TER) Pilihan Keluarga Bagi Percutian Hujung Minggu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Terengganu Equestrian Resort (TER) menjadi antara lokasi pilihan utama keluarga bagi percutian hujung minggu di Terengganu ekoran lengkap dengan pelbagai keunikan dan kemudahan infrastruktur yang disediakan.

Pengurus Operasi TER, Mohd RizwanTufail Ahmad berkata TER menjadi kunjungan tumpuan ramai dengan para keluarga boleh meluangkan masa dengan memilih pelbagai permainan dan lokasi yang ada di situ.

Menurut beliau, antara yang menjadi tumpuan di TER ialah Paddock Cafe yang dibuka setiap hari bermula jam 3 petang hingga 12 malam.

“Antara menu-menu yang ada disediakan Paddock Cafe antaranya menu-menu masakan panas seperti nasi goreng, mi goreng, Ikan Siakap 3 Rasa, Ikan Masak Stim, Tomyam dan harganya sama sahaja dengan restoran-restoran biasa yang ada di luar sana.

“Selain itu, kita turut sediakan empat gerai jualan di sekitar Paddock cafe antaranya yang mejual Sate, Kerang Bakar, Chineese Noodles dan Tortilla.

“Yang menariknya, kita juga ada persembahan live band di sini yang akan membuat persembahan pada hari Isnin dan Rabu bermula seawal pukul 6 petang sehingga 11 malam.

Tambahnya, selain Cafe, turut disediakan aktiviti permainan kanak-kanak iaitu Super Doopa yang baru diperkenalkan akan beroperasi pada hari Khamis , Jumaat dan Sabtu.

“Tambahan aktiviti di sini, kita juga adaaktiviti  di Kompleks Sukan yang telah terkenal dengan kolam renang kami yang turut disusuli dengan Super Doopa kami”.

“Selain itu, turut kami sediakan aktiviti berkuda kami sediakan di sini serta aktiviti memanah yang akan dilancarkan pada bulan Julai ini.

“Selain itu di belakang kita juga ada kawasan lapang pantai di belakang kita sangat sesuai untuk aktiviti keluarga”.

– UNIT BERITA MANIS FM