Lebih 8 Juta Individu Bakal Terima STR 3 Mulai 26 Jun – MOF

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih lapan juta warga Malaysia dalam kalangan B40 yang layak bakal menerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 (STR 3) mulai 26 Jun ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan memaklumkan, pembayaran STR 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha seperti yang diumumkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pembayaran tersebut membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion di mana penerima akan menerima antara RM100 dan RM1,300 berdasarkan kelayakan masing-masing.

“Penerima yang mempunyai akaun bank akan dikreditkan terus ke dalam akaun bermula 26 Jun sehingga 5 Julai depan.

“Penerima yang tiada akaun bank boleh menuntut bayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 26 Jun,” menurut kenyataan MOF tersebut.

– AWANI