Penutupan Lorong Di Lebuh Raya Dilarang Bermula Esok

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Semua kerja pembinaan dan penyenggaraan membabitkan penutupan lorong lebuh raya dilarang selama sembilan hari berkuat kuasa esok.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menerusi catatan di Facebook beliau berkata larangan yang bermula esok sehingga 2 Julai itu bagaimanapun terkecuali bagi kerja membabitkan kes kecemasan.

Katanya, larangan berkenaan sebagai persediaan menghadapi peningkatan jumlah trafik yang menggunakan lebuh raya ketika musim perayaan.

“Arahan telah dikeluarkan dan saya berharap semua pihak terlibat dapat mematuhi makluman notis ini memandangkan aliran trafik yang tinggi ketika musim perayaan,” katanya.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun.

Sumber: METRO